Program Pengoperasian Perniagaan Kolej Komuniti Kuala Langat Sesi Julai 2018 mengadakan Majlis Pragraduasi pada 2 Oktober 2018 untuk meraikan pelajar mereka yang akan bergraduasi nanti. Majlis Hi-Tea dengan bertemakan retro mesti dapat menggamit memori pelajar dan pensyarah mereka yang ditambah lagi suasana garden yang tenang dan menghijau menaikkan lagi suasana Majlis mereka.

 

Majlis start pukul 2.00 petang dengan baccan doa untuk dapatkan berkat majlis. Pelajar juga berpeluang mebuat persembahan untuk rakan- rakan dan pensyarah mereka. Suasana garden kami yang tenang berubah menjadi riang dan meriah dengan setiap aktiviti dan persembahan sepanjang majlis.

Alhamdulillah team kami dapat merealisasikan majlis mereka dengan jayanya. Dapat melihat kegembiraan pelanggan kami sudah cukup untuk menghilangkan penat lelah team kami. Penat belajar dalam kelas sekali sekala pelajar dapat bergembira macam ni kan best, hehe.. Pada pukul 5.00 petang majlis tamat dan pelajar bersurai bersama kenangan terindah mereka di De’Emerald.