De’Emerald 20 Oktober 2018- SMK Sungai Manggis mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun dikalangan guru-guru bagi meraikan usaha dan keringat mereka mengajar dan mendidik selama ini. Dengan bertemakan “Denim & White” majlis dimeriahkan dengan cikgu yang manis, sporting dan ceria.

Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan guru pesara dari SMK Sungai Manggis iaitu Puan Hajah Latifah Binti Saring dan Encik Ramly Bin Pilus.

 

Tetamu mula datang seawal jam 2.30 petang dan majlis bermula pada pukul 3.00 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian ucapan dan diselangi dengan cabutan bertuah yang sememangnya ditunggu oleh para tetamu.

 

Jamuan makan bermula pada jam 3.50 petang dan para tetamu tidak melepaskan peluang untuk merasai setiap menu yang telah disediakan oleh pihak Emerald. Untuk guru yang berpakaian mengikut tema telah dipilih dan  dianugerahkan prom king and queen.

 

Sebelum bersurai, para tetamu tak melepaskan peluang untuk sesi bergambar beramai-ramai dan selfie, berswafoto sesama mereka. Yelaa kan, siapa je tak geram tengok taman yang menghijau di De’Emerald Garden & Event.