Pada 27 Oktober 2018 telah berangsung Majlis Jamuan Akhir Tahun PPKI SMK BBST di De’Emerald Garden & Event bagi meraikan pelajar mereka yang akan menamatkan sesi persekolahan. Dengan sambutan ini harap dapat menyuntik semangat pelajar untuk lebih berjaya di masa hadapan. Ahli keluarga pelajar juga tersenyum kegembiraan melihat anak istimewa kesayangan mereka telah tamat persekolahan dan berharap dapat berbakti kepada masyarakat di masa akan datang.

 

Tetamu jemputan dan pelajar mula hadir ke dewan De’Emerald pada jam 11.30 pagi . Majlis Dimulakan dengan ucapan aluan dari Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru Besar SMKBBST dan di akhiri dengan YDP PIBG SMKBBST. Tamat ucapan aliuan acara yang dinanti berlangsung iaitu penyampaian hadiah tamat sekolah kepada pelajar. Seramai 5 orang pelajar istimewa menerima hadiah tamat sekolah.

 

Pukul 1.00 petang majlis jamuan makan dan aktiviti dan diselang dengan cabutan bertuah untuk para jemputan. Untuk meraikan pelajar yang lahir pada bulan Julai hingga Disember, Sambutan Hari Lahir dilangsungkan untuk meraikan para pelajar dengan memotong kek beramai-ramai. Sebelum bersurai tetamu dan guru tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama di dewan De’Emerald.