1 November 2018, bagi meraikan pelajar tahun 6 yang akan melangkah ke alam persekolahan baru, Sk Seri Cheding telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pelajar tahun 6 di De’Emerald Garden & Event. Selain pelajar dan Guru-guru, ibu bapa juga turut hadi bagi memeriahkan majlis yang berlangsung bermula jam 2.30 petang.

 

Seperti biasa majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan bacaan doa bagi mendapatkan berkat dalam majlis tersebut. Selepas tamat ucapan, acara yang paling ditunggu oleh tetamu, penyampaian sijil kepada pelajar tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR.

 

Selesai penyampaian sijil, para tetamu dihidangkan dengan makanan yang disediakan oleh pihak katering De’Emerald dan majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi program berkumpulan mereka di sekolah. Sebelum tamat program semua tetamu tidak melepaskan peluang untuk bergambar di De’Emerald garden & Event.