Syurga seorang isteri terletak dibawah tapak kaki suaminya. Sebagai seorang isteri perlulah menjaga perbuatan dan percakapan kepada suami. Kami ingin kongsikan 3 cara bercakap pada suami supaya suami tidak sakit hati.

1. Jaga nada suara anda

Sebagai seorang isteri perlulah menjaga nada suara apabila sedang bercakap dengan suami. Seorang isteri perlu bercakap kepada suami dengan nada yang lemah lembut dan sopan. Isteri dilarang meninggikan suara kepada suami kerana ia boleh menjadi permulaan isteri berlaku nusyuz kepada suaminya.

2. Tuturkan perkataan yang elok

Dalam institusi rumah tangga, gunakanlah perkataan yang elok dalam komunikasi kita seharian. Ada banyak perkataan yang baik-baik, tapi kenapa masih nak gunakan perkataan yang kasar? Selain ia memberi kesan terhadap pasangan kita, ianya juga memberikan kesan negatif kepada anak kita di masa akan datang.

3. Elakkan menyindir

Budaya sindir-menyindir dalam rumah tangga merupakan satu budaya yang tidak sihat dalam institusi rumah tangga malah dalam kehidupan seharian kita atas muka bumi ini. Jika ada rasa tidak puas hati dengan tindakan pasangan, eloklah jika berbincang mencari jalan penyelesaian. Sindir-menyindir hanya akan mendatangkan kemarahan sang suami dan mengeruhkan lagi keadaan.