1. Sebelum berkahwin, anda dan pasangan perlulah fikirkan tarikh yang terbaik untuk melangsungkan perkahwinan. Biasanya, bakal bakal pengantin akan memilih tarikh yang senang diingati, tetapi mereka sering melupakan tentang perayaan yang hampir dengan tarikh perkahwinan mereka. Biasanya musim cuti sekolah juga sering menjadi kegemaran bakal bakal pengantin untuk memilih tarikh perkahwinan. Jika semua bakal pengantin beranggapan begini, maka akan ramailah yang akan berkahwin pada musim cuti dan kesannya akan berlaku kenaikan harga terutama dari segi upah mak andam dan sebagainya.

2. Sebelum menikah, benda wajib yang perlu dibuat adalah pergi kursus kahwin. Kursus kahwin penting kerana secara kasar setiap pasangan akan mengetahui dan memahami tanggungjawab isteri kepada suami begitu juga sebaliknya. Jika dia telah mengambil kursus itu pada 2 atau 3 tahun yang lepas sebaiknya anda perlu perbaharui semula kursus anda supaya pengetahuan berkaitan perkahwinan akan lebih segar dalam ingatan.

3. Masalah yang berkaitan dengan jurusolek, jurugambar, katering yang datang saat saat akhir sangat ditakuti oleh pasangan pengantin dan kedua mempelai. Jadi sebelum hal ini berlaku, setiap pasangan perlu mengambil langkah berjaga jaga dan membuat persediaan awal. Dewan adalah perkara pertama yang perlu ditempah selepas dapat tarikh perkahwinan. Hal ini untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal sekiranya anda membuat tempahan pada saat saat akhir sebelum majlis dilangsungkan.

4. Perkara ini juga penting. Macam mana nak nikah kalau tiada jurunikah? Bagi yang ada bapa boleh menikahkan anak tanpa ada masalah. Bagi yang tiada pula perlu mengambil khidmat jurunikah. Begitu juga dengan andaman. Pasangan pengantin dinasihatkan supaya perlu menempah butik andaman yang mereka minati enam bulan awal

5. Sebelum mendirikan rumah tangga, pasangan perlulah membuat ujian saringan HIV. Ujian ini perlu dibuat bagi memastikan pasangan tiada penyakit HIV. Sebelum keadaan jadi lebih parah, lebih baik kita mencegah awal awal sebelum terlambat.

6. Setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga perlu mengisi borang borang yang penting dan dihantar ke pejabat agama sebelum bernikah. Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi lelaki dan perempuan, borang akuan bujang, borang saksi, dan beberapa lagi borang yang penting bergantung pada status diri dan pasangan.