Company Overview

ECO EMERALD (M) SDN BHD adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan di bawah kategori Ruang Majlis yang dikenali sebagai De ‘Emerald Garden & Event. Ia, adalah Ruang Majlis berkonsepkan Dewan Terbuka dalam Taman yang PERTAMA di Daerah Kuala Langat. Lokasi yang Sangat Strategik dan berdekatan kawasan pelancongan Tadom Hill Resort  serta Kuala Lumpur International Airport menjadikan ia mudah dikesan.

Pejabat Urusan Eco Emerald (M) Sdn Bhd beralamat di 17G-MG2, Taman D’Menara, Kg Bukit Changgang, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. De’ Emerald Garden & Event, ditubuhkan pada tahun 2016, dan merupakan sebuah dewan pelbagai majlis dengan dekorasi suasana taman kehijauan alam yang sebenar.

Eco Emerald (M) Sdn Bhd menjalankan perniagaan dibawah Akta Syarikat Sendirian Berhad yang mempunyai had maksimum pemegang saham seramai 50 orang. Perniagaan ini telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 27 Januari 2017 di bawah Akta Syarikat 1965. Berikut merupakan pemegang-pemegang saham syarikat iaitu Mohd Zulkamal Bin Mohd Sulor, Mohd Sadini Bin Masron dan Ngaziz Bin Tohiron.

Ketiga – tiga pemegang saham syarikat ini mempunyai peranan yang sangat penting dan berpengalaman luas didalam urusan pengendalian sesuatu majlis. Moto syarikat  adalah Kepuasan & keselesaan Pelanggan menjadi keutamaan yang dititikberatkan.

MISI

**De’ Emerald Garden & Event Merupakan Sebuah Lokasi Untuk Mengadakan Pelbagai Majlis**

**De’ Emerald Garden & Event Mengendalikan Perkhidmatan Dan Kelengkapan Pelbagai Majlis, Bertemakan Taman Terbuka**

**De’ Emerlad Garden & Event Memastikan Majlis Berjalan Secara Teratur,Nyaman, Dan Selesa**

**De’ Emerald Garden & Event Membuka Peluang Untuk Jana Pendapatan Sampingan Bersama Team De’ Emerald**

**Mempunyai Pengurusan Katering Yang Bersistem (Tempat, Team, & SOP Katering) Yang Profesional**

VISI & OBJEKTIF

VISI

Menjadi Lokasi Idaman Setiap Lapisan Masyarakat.

OBJEKTIF

De’ Emerald Mampu Menyelesaikan Pelbagai Masalah Untuk Mengadakan Majlis.